BERITA BENTONG

Bentong Memerlukan Taman Rekreasi Bagi Meningkat Kualti Kehidupan

Hari ini, Bentong sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dan populasi (termasuk penghijrahan dalaman) yang pesat. Akan tetapi pertumbuhan yang ketara dalam aktiviti ekonomi ini perlu diseimbangkan  dengan kehadiran insan dan pembangunan budaya. Bagi Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong yang juga Menteri Kesihatan Malaysia, cara terbaik untuk menwujudkan keseimbangan ini adalah dengan membina taman rekreasi  yang serba lengkap di lokasi yang strategik.

Taman Sultan Abu Bakar yang ada sekarang tidak lagi mampu menampung jumlah populasi Bentong yang kian meningkat. Jadi sebuah taman baru yang lebih besar dan luas perlu diwujudkan dengan segera. Taman tersebut bukan sahaja akan menjadi tempat penduduk Bentong bersantai tetapi juga turut menjadi mercu tanda baru bagi Bentong dan akan menarik lebih ramai pengunjung untuk berehat dan lari daripada kesibukan kota di Kuala Lumpur

Sehubungan itu, sebuah taman baru perlu dibina di sebuah lokasi yang strategik bagi menarik pengunjung dengan mudah. Pihak berkuasa telah mengenalpasti tiga lokasi untuk dipertimbangkan. Satu, plot tanah di hadapan Plaza Tol Bentong, berhampiran Lebuhraya Karak dan yang kedua adalah plot tanah disebelah jalan masuk ke bandar Bentong.

Dato’ Sri Liow sedar bahawa taman yang ada di Bentong pada masa kini telah mencapai kapasiti maksimum berbanding dengan jumlah populasi yang ada dan ia tidak menyediakan ruang dan peralatan yang mencukupi untuk penduduk melakukan aktiviti-aktiviti bersantai. Malah, jika kumpulan besar berhimpun, taman dan kemudahan yang ada langsung tidak dapat menampung keperluan mereka.

Menteri Kesihatan telah meluahkan rasa perlunya untuk membina taman rekreasi yang baru dan telah mengusulkan  idea tersebut kepada Menteri Besar Pahang semasa memberi ucapan di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Menteri Besar kemudiannya menegaskan yang beliau akan mempertimbangkan usul tersebut.

Tasik Tok Muda – Pilihan yang Ideal

Terdapat tiga lokasi yang sedang dalam pertimbangan untuk dijadikan taman rekreasi yang akan menjadi mercu tanda baru di Bentong . Ketiga-tiga lokasi tersebut adalah tanah di sepanjang Jalan Bentong Bentong – Kuala Lumpur, Kg. Nangka Jarang, dan Tasik Tok Muda..

Menurut maklumat yang diperolehi daripada Majlis Perbandaran Bentong, kawasan menghijau tersebut adalah seluas 36,72 ekar di mana lebih dari 10 ekar adalah tasik  Ia telah dikenal pasti oleh Dato’ Sri Liow dan Pengerusi Majlis Perbandaran Bentong, Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar sebagai sebuah lokasi yang ideal untuk dijadikan taman rekreasi baru.

Kawasan taman rekreasi yang dicadangkan ini mempunyai kedudukan yang strategik di mana ia hanya mengambil masa 40 minit memandu dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak . Selepas keluar dari plaza tol, pengunjung hanya perlu belok ke kiri untuk pergi ke Tasik Tok Muda.

Sekiranya taman ini dibina pada lokasi yang disebut tadi, kemudahan jalan raya untuk keluar-masuk akan menarik ramai penduduk Bentong dan para pelawat untuk berkunjung dan seteruskan memberikan penggunaan yang maksimum.

Majlis Perbandaran Bentong telah menyerahkan permohona kepada Pejabat tanah untuk mewartakan  tanah tersebut sebagai tanah rizab. Taman rekreasi tersebut akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Bentong. Sehingga kini ia telah berjaya mengumpul RM8 juta untuk projek tersebut, namun lebih banyak dana diperlukan untuk menjayakannya.

Pada masa kini, penduduk Bentong perlu memandu ke Lebuhraya Karak dan dalam jarak yang tidak berapa jauh, mereka perlu membelok ke kawasan Tasik Tok Muda. Ini langsung tidak memudahkan dan sehubungan itu ada cadangan untuk menggunakan jalan utama Bentong - Kuala Lumpur, untuk membina jalan raya baru atau lebih baiknya membina jambatan bagi membolehkan penduduk Bentong menikmati akses yang mudah ke taman rekreasi yang dicadangkan.

Dua lokasi lain yang turut dipertimbangkan ialah kawasan yang terletak di sepanjang jalan Air Terjun Chamang, di atas tanah kerajaan seluas 200 ekar di Empangan Perting. Dato’ Sri Liow telah mencadangkan kepada Menteri Besar Pahang untuk mengetepikan plot tanah ini untuk dipertimbangkan bagi membina taman rekreasi yang dicadangkan.

Manakala satu lagi kawasan yang dicadangkan ialah kawasan tanah kerajaan seluas 79 ekar yang terletak di Kg. Karat Setia di Sabai.

Taman Rekreasi Baru– Sebuah Mercu Tanda, Pelbagai Manfaat

Usul untuk membangunkan sebuah taman rekreasi berskala besar yang moden dan serba lengkap, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pantai Timur sememangnya tepat dan memberikan pelbagai manfaat.

Manfaat pertama adalah ia berpotensi untuk menggalakkan  gaya hidup yang lebih sihat di kalangan penduduk Bentong khususnya. Sebagai Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow sangat mengambil berat tentang keadaan kesihatan di bawah kawasannya. Beliau telah memperkenalkan pemeriksaan kesihatan percuma dan perubatan percuma termasuk pembedahan mata dan gigi kepada penduduk dengan menganjurkan karnival-karnival kesihatan pada tahun lalu. Beliau sentiasa menggalakkan orang ramai untuk bersenam bagi menjaga kesihatan, dan beliau juga percaya taman rekreasi yang dicadangkan ini akan memberi peluang kepada lebih ramai penduduk untuk mencintai dan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.

Lokasi yang diusul untuk membangunkan taman ini juga akan memberi manfaat kepada warga emas yang menetap di Bentong memandangkan mereka tidak perlu lagi pergi jauh untuk bersenam dan memudahkan  mereka membawa cucu-cucu mereka ke taman untuk berekreasi di samping menikmati masa berkualiti bersama serta membantu mengeratkan lagi hubungan keluarga.

Selain itu, ia juga memenuhi keperluan para belia. Sebahagian daripada taman ini akan dibangunkan dengan memberi keutamaan kepada mereka termasuklah menyediakan kelengkapan bagi aktiviti-aktiviti seperti panjat tali, laluan berhalangan dan macam-macam lagi. Malah, taman ini akan menjadi tempat yang ideal untuk para remaja berkumpul dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membina sekaligus mengurangkan masa mereka melepak atau merayau-rayau di jalan raya. Sehubungan itu, sebuah gelanggang meluncur mungkin akan dibina bagi membolehkan para belia meluncur di tempat khas yang lebih selamat. 

Taman ini juga diharap dapat membantu mengeratkan jalinan kekeluargaan. Kemudahan yang komprehensif yang bakal disediakan di taman ini akan memenuhi keperluan pelbagai peringkat usia dan seterusnya membolehkan seluruh ahli keluarga menikmati masa berkualiti di luar rumah bersama-sama.

Satu lagi manfaatnya ialah untuk menarik lebih ramai pelawat ke kawasan tersebut. Bentong dikurniakan dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dan sebuah taman rekreasi yang dirancang dengan sempurna akan menguatkan lagi eko-sistem  Bentong. Semua ini pasti akan menjadi tarikan untuk penghuni-penghuni dari Kuala Lumpur untuk datang dan menikmati keunikan bandar Bentong.

Taman baru yang dicadangkan ini sudah pasti akan menjadi satu mercu tanda baru untuk Bentong dan akan membentu membina identiti Bentong.  Di masa hadapan, taman ini akan sentiasa dikaitkan dengan Daerah Bentong, sekaligus memenuhi peranannya sebagai satu mercu tanda.

Back

ARTIKEL PALING BANYAK DIBACA


Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109
© 2012, All Rights Reserved.