BERITA BENTONG

Sajian Istimewa Bentong – Popular Di Kalangan Pengunjung Tempatan Dan Asing

Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan Negeri daerah Bilut, Dato Hoh Khai Mun cukup terkenal dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh mempromosi aneka budaya masakan istimewa Bentong. Penggemar makanan asli Cina pasti gembira menikmati masakan terkenal seperti masakan Guangxi, masakan Kantonis, masakan Hakka, Yong Tau Fu, daging stew, mi wonton, aiskrim dan pelbagai masakan lazat yang lain.

Walau bagaimanapun, penduduk tempatan dan para pelawat dari luar Bentong, masing-masing mempunyai pilihan tersendiri. Penduduk tempatan didapati lebih menggemari Restoran SHL manakala pelawat luar lebih menyukai Restoran Qin Han Lou.

Malah, anda boleh bertanya kepada mana-mana penduduk setempat tentang restoran terbaik di situ dan tanpa ragu-ragu lagi mereka akan menjawab Restoran SHL. Restoran Qing Han Lou juga tidak kurang popularnya hinggakan pakar masakan Hong Kong yang terkenal, Liang Wen Tao akan memastikan beliau tidak terlepas untuk menjamu selera di restoran ini setiap kali berada di Bentong.

Menikmati masakan yang terkenal di sesuatu tempat adalah seumpama menerokai budayanya dan seseorang itu mesti terlebih dahulu mengenali identiti budaya tempat yang berkenaan. Contohnya di Bentong, kebanyakan penduduk berasal dariapda Guangxi, jadi daerah tersebut mempunyai pengaruh budaya Guangxi yang sangat kuat. Jadi mereka seharusnya mencuba masakan Guangxi untuk mengalami citarasa Bentong yang sebenar, dan untuk itu, tidak hairanlah jika Restoran SHL menjadi pilihan utama penduduk tempatan.

Sungai Pahang yang sememangnya terkenal di Malaysia, menganjur di sebelah Bentong  dan ia membawa rahmat kepada bandar tersebut dengan membekalkan ikan-ikan air tawar yang segar Selain itu air sungai yang bersih juga membekalkan sumber air yang baik untuk tanaman sayur-sayuran seperti Kangkong serta juga perusahaan membuat tau fu.

Dalam pada itu, keadaan negeri Pahang yang dipenuhi dengan gunung-ganang menjadikannya kawasan semula jadi yang sesuai untuk aktiviti memburu. Hasil buruan tersebut kemudiannya akan dibekalkan sebagai daging segar kepada restoran-restoran di situ.

Guangxi dengan SHL, Hasil Buruan dengan Qin Han Lou

Restoran SHL menghidangkan masakan Guangxi dan stew perut babi keladi merupakan salah satu hidangan yang popular dalam menunya. Kulit babi yang licin berkilat dipenuhi dengan air dan digoreng untuk melembutkan dan menjadikan teksturnya kenyal. Perut babi ini ditaburi dengan bawang putih, tauhu, serbuk lima jenis rempah dan kemudiannya distew untuk menghasilkan perisa yang menawan selera. Stew perut babi dengan aroma yang menggoda, tetapi tidak berminyak ini sangat enak dinikmati bersama dengan nasi. Keladi yang harum dan lembut menyempurnakan lagi hidangan tersebut. Rasanya yang lebih sederhana tetapi enak memberikan rasa keseluruhan yang lebih lembut berbanding dengan versi masakan Hakka yang terasa agak masin sedikit.



Ayam Mei Nam merupakan satu lagi masakan istimewa SHL. Ayam kukus segar ini dimasak bersama sos Mei Nam yang harum, halia, bawang merah dan lik. Hidangan yang agak masin ini memang popular di Bentong sejak dahulu lagi memandangkan ramai buruh ketika itu mendapati masakan tersebut sesuai dinikmati bersama nasi dan kandungan garam di dalamnya membantu menggantikan mineral yang hilang semasa melakukan kerja seharian.

Yong Tau Fu juga amat popular di kalangan penduduk tempatan dan terdapat dua pembuat taufu kering utama di Bentong. Dalam membuat taufu, cara Guanxi berbeza dengan cara Hakka dengan pemilihan daging babi dan lik sebagai bahan utamanya di mana kemanisan daging babi yang berjus menghasilkan kontras dengan rasa lik yang segar.

Selain itu, penduduk tempatan juga sangat menggemari sup nasi (hampir sama dengan risotto) dan mereka tidak ragu-ragu untuk mengeyorkannya kepada para pengunjung. Hidangan sup ini biasanya mengandungi potongan lobak, sayur-sayuran, bawang hijau, jagung, kacang pea, cendawan dan telur.

Restoran SHL memulakan perniagaannya dari seawal 6 pagi, dan ini menjadikannya pilihan yang popular untuk bersarapan di kalangan penduduk tempatan. Dim sum Guangxi yang dibuat sendiri dan stew rusuk babi antara hidangan yang mesti dicuba. Selain itu, para pengunjung berpeluang mengalami suasana yang syahdu sambil melihat fajar menyinsing di bandar tersebut

Pemilik Restoran Qin Han Lou juga berasal dari puak Guangxi clan, tetapi keistinewaan restoran ini lebih menumpukan kepada haiwan buruan, sup rebus dan ikan sungai. Daging babi hutan, ikan keli Bentong dan Kang Kong merupakan antara hidangan yang popular di restoran ini.

Hidangan lain yang popular termasuklah labi-labi berkulit lembut herba dimasak dalam periuk tanah , serta pot daging rusa. 

Udang masak keju adalah masakan yang membuat pengunjung ingin kembali menikmati keenakannya. Keju yang kaya berkrim meliputi udang memberikan kombinasi rasa yang tiada tandingannya, sementara bebola ikan buatan sendiri memikat para pengunjung dengan rasanya yang sederhana dan segar.

Sementara itu pula bagi menu sayur-sayuran, masakan Kang Kong memang tidak dapat disangkal dapat memenuhi citarasa. Apatah lagi apabila dimasak dengan pes udang kering yang menghasilkan aroma yang membangkitkan selera. Ia juga boleh dicampur dengan sayuran lain seperti kacang panjang dan kacang buncis untuk tekstur yang berbeza, namun tetap memikat selera.

Mi Wonton Asli – Mesti Cuba di Bentong

Mi wonton amat terkenal pada sekitar tahun 50an di mana pada ketika itu, ekonomi negara boleh dikatakan agak lembab. Hari ini, ia menjadi salah satu makanan yang popular kepada kebanyakan penduduk Bentong.

Mi ini biasanya dibuat sendiri meggunakan tangan dan ia tidak mengandungi bahan pengawet. Mi yang kenyal ini ditos dalam kicap pekat dan ditaburi dengan charsiew (daging babi barbeku manis).



Penggemar mi wonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada secara goreng atau direbus Apapun jua cara ia dimasak, mi wonton sememangnya enak untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Terdapat tiga gerai mi wonton yang paling popular di Bentong. Ia boleh didapati di Kedai Kopi Leong Yew, Hooi Kee dalam Kopitiam Yuen Kee (dibuka hanya pada siang hari), dan Ming Kee (dibuka hanya pada waktu petang).

Aiskrim Buatan Sendiri Yang Kaya Berkrim

Dalam membicarakan tentang pelbagai masakan tradisional yang lazat, aiskrim terasa macam tidak kena untuk diketengahkan, namun tiada siapa yang dapat mengawal tarikan aiskrim yang terdapat di Kedai Kopi Warung Ais Krim Kow Po.

Terletak berhadapan dengan Terminal Bas Bentong, kedai yang berusia 38 tahun ini memang terkenal di seluruh Bentong dengan aiskrimnya yang lemak berkrim lagi lazat.

Anda boleh memilih aiskrim segar yang dibuat sendiri daripada aneka perisa seperti pisang, jagung, kacang, pandan, coklat dan sebagainya. Satu lagi pemanis mulut yang terkenal di kedai ini ialah ABC yang boleh dinikmati bersama dengan satu atau dua skup aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.

Selain daripada hidangan ‘dessert’, kedai kopi ini juga terkenal dengan sajian Yong Tau Fu. Yong Tau Fu yang dibuat daripada ikan segar ini boleh dinikmati oleh semua orang tanpa mengira agama dan bangsa.

Memukau Dengan Bom Durian!

Bukit Tinggi, Bentong, dan Raub merupakan hentian untuk menjamu selera bagi mereka yang menggunakan laluan untuk pergi-balik ke destinasi masing-masing. Akan tetapi, sejak laluan baru dibina, ada satu lagi lokasi yang menjadi kawasan hentian iaitu Karak.

Karak pada masa dahulu terletak berhampiran dengan laluan ke Kuantan dan mereka yang melakukan perjalanan perlu melalui pekan tersebut untuk menuju ke utara. Tetapi, lebuhraya baru memintas pekan tersebut dan semakin hari, orang ramai semakin lupa tentang pelbagai makanan lazat yang boleh dinikmati di Karak. Restoran Yik Kee merupakan salah sebuah restoran yang menyediakan aneka hidangan yang sedap dan penggemar makanan lazat wajib mengunjung kedai tersebut untuk menjamu selera.



Restoran Yik Kee terletak lebih kurang 10 minit dari jalan lama dan ia merupakan tempat yang sesuai untuk berhenti rehat sambil menyegar diri dengan menikmati secawan teh atau kopi dengan ‘dumpling’ yang enak.

Pada musim durian, pekan ini mesti dikunjungi dan anda pasti akan terpukau dengan beraneka jenis masakan berasaskan durian seperti bom durian (durian goreng), penkek durian, tart durian dan aiskrim durian. Isi durian yang kaya berkrim ini digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan yang berbeza. Namun biar apapun caranya, setiap masakannya menjanjikan rasa yang memikat selera.

Keenakan bom durian segar memang sukar diungkap dengan kata-kata. Rasa rangup diluar dan isi durian berkrim di dalam, yang dilembutkan oleh haba mencetuskan ledakan yang kaya berkrim di dalam mulut anda sebaik saja anda menggigitnya dan mencetuskan keenakan yang tidak terhingga. Rasa yang sempurna, setara namanya.

Para pengunjung di luar musim durian boleh mencuba mi yang menjadi hidangan istimewa Yik Kee. Mi yang kenyal, kek ikan yang halus dan potongan cendawan yang segar enak menghasilkan hidangan tradisional yang sempurna, yang menjadi buah mulut ramai.

Pakar masakan, Liang Wen Tao pernah mengunjungi Restoran Yik Kee beberapa tahun yang lalu dan mencuba masakan Soon Hock kukus.  Sehingga kini beliau tidak dapat melupakan keenakannya. Jadi tidak hairan jika hidangan tersebut merupakan antara pelbagai hidangan yang popular di Restoran Yik Kee.

Back

ARTIKEL PALING BANYAK DIBACA


Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109

Warning: Creating default object from empty value in /home/majuben/public_html/blog-bahasa/modules/mod_latestnews/helper.php on line 109
© 2012, All Rights Reserved.